LAWATAN KE MUZIUM SENI PAHANG



For last Tuesday 14th of January, our lecturer Miss Akashah and Miss Lin brought us to Muzium Seni Pahang which located nearby the Shahzan Hotel and Masjid Negeri. It only took 10 minutes to reach there by car as it is only 5 kilometres from Politeknik Metro Kuantan. 

Hehe okay la saja je test speaking sikit. Okay so ceritanya, keberadaan kami di sana adalah atas subjek VIS (Visitor Interpretation Services). Kami diberikan pendedahan oleh curator muzium tentang cara seseorang melakukan interpretasi terhadap sesuatu perkara. Muzium Seni Pahang adalah tempat pertama kami membuat lawatan.

Sepanjang di sana, kami dibimbing oleh seorang curator muzium. Beliau telah banyak menceritakan tentang sejarah, latar belakang muzium dan apa yang ada di muzium ini. Walaupun ada antara kami yang menanyakan soalan yang kurang 'make sense', tetapi beliau dapat memahami soalan dan cuba menjelaskan sehingga kami faham. 

Kami berada di sana dari pagi 9:00 a.m sehinggalah 11:00 a.m. Sepanjang dua jam ini, kami meneroka keseluruhan muzium ini. Tidak kurang hebatnya dengan Muzium Negara yang terdapat di Kuala Lumpur. Yang membezakannya hanyalah barangan yang terdapat di Muzium ini. Muzium ini lebih tertumpu kepada barang antik Pahang asalnya.

Nak cerita panjang pula. Apa kata kita tengok gambar :)










Ini adalah sedikit sebanyak gambar ketika berada di sana. Terdapat banyak hasil lukisan, potret, tulisan jawi yang digantung di sini (namanya pun Muzium SENI kan, hehe) . Jadi kami berpusing-pusing di dalam muzium ini secara berkumpulan. Kami melihat, belajar dan memahami apakah maksud di sebalik setiap barangan seni yang dipamerkan. Ianya kelihatan biasa tetapi menyimpan pelbagai maksud yang tersirat. Jika kami berasa kurang jelas, barulah kami merujuk kepada curator muzium.

Secara keseluruhannya, lawatan ini sangat memberikan impak yang baik kepada kami, pelajar DUP4. Kesannya, kami dapat membuka mata dengan lebih luas serta memahami akan tugas sebenar sebagai seorang 'interpretor'. Malah kami juga diberi peluang untuk cuba menginterpretasi produk di sana secara berkumpulan. Tambahan pula, lawatan ini secara tak langsung telah memupuk kami untuk meminati tentang perkara antik dan seni. Sifat ini sepatutnya perlu ada dalam kalangan marhaen sekarang. Kerana apa? Yelaaa semua sibuk dengan teknologi sampai terlupa keindahan seni yang pernah dicipta oleh orang lama. Ada pihak yang langsung tidak memandang serious dengan benda macam ni. Aih stress. *ok taknak bebel. Hahaha. 

Di ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada dua orang pensyarah kesayangan kami iaitu Cik Nor Akashah binti Kassim dan Cik Norhaslin binti Abu Hassan kerana sudi membawa kami ke Muzium Seni Pahang. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Memori ini sungguh, kami tidak dapat lupakan. Secara jujurnya, inilah salah satu memori terindah semasa diploma untuk kami, DUP4 :)

Yours truly,
Shafareena


No comments:

Post a Comment

HOW TO CREATE A VIDEO USING BITEABLE. So right now, i want to show you guys how to edit a video using biteable. Check it out! 1.  Searc...