BATIK PRINTING
DATE: 17/3/2020
TIME: 2:00 P.M. - 5.00 P.M.
VENUE: ROOFTOP PMKU
So, last Tuesday we had so much fun at PMKu! Apa yang fun tu? Haaa..
PMKu mengadakan "Batik Printing Programme" sempena HoTour 2020. Program ini disertai oleh 50 pelajar dari semester 1 hingga semester 5. Haa walaupun sem 5 busy dengan fyp, mereka pun join tau aktiviti menarik ni! Yelah bukan selalu kan ~
Penasihat program ini merupakan pensyarah yang mengajar kelas kami sendiri iaitu Cik Nor Akashah binti Kassim dan Cik Norhaslin binti Abu Hassan. Kami pelajar DUP4 ialah sekretriat-sekretriat yang terpilih untuk menjayakan program ini. Hehe.
Sesungguhnya, sangat bagus sebenarnya aktiviti seperti ini diadakan. Kenapa? Ha dah nama pun aktiviti mencanting batik, sudah pasti hasilnya nanti untuk mencungkil bakat kesenian dan kekreatifan yang terpendam dalam diri pelajar-pelajar. Selain itu, untuk mendedahkan cara yang betul untuk mencanting batik. (Haaa canting batik pun ada cara khas tawww, bukan main calit warna je :p)
Tambahan pula, untuk lebih menjayakan program ini, pihak atasan telah menjemput tenaga pengajar dari luar untuk memberi tunjuk ajar tentang batik printing ni. Haaa, depa sediakan sekali taw lukisan batik, berus, warna, cawan dan kelengkapan-kelengkapan lain. Semuanya ada 60 keping yang mereka hasilkan. Cuma tinggal beri untuk student pastu colour jee. Untung tak untung tak? Gambar bawah ni lah merupakan cikgu yang datang mengajar tuu.. Mereka ni ramah sangat! :)
Sepanjang program ni berlangsung, semua pelajar diceriakan oleh dua orang hakak emcee kita iaitu Farah Afiqah dan Rafidah, pelajar DUP4. Celoteh mereka sangat menghiburkan semua. Takdela serious je kan masa mencanting tu. Tak lupa juga abang DJ kita Firdaus Fadzil yang pasang lagu best best sepanjang program ini berjalan.
Haa, secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan sangat lancar malah mendapat sambutan yang sangat meriah daripada kalangan pelajar PMKu sendiri. Kalau beginilah hasil sambutannya, insyaAllah next time kita open untuk orang luar join sekali yek? Hihihi :D
Di ruangan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang sudi join dan memeriahkan program mencanting batik ni. Tidak lupa juga kepada sekretriat daripada DUP4 yang sudah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini dari awal sehingga akhir. Terima kasih juga kepada dua orang pensyarah kami iaitu Miss Akashah dan Miss Lin yang turut membantu dan membimbing kami dalam semua perkara. Last but not least, jutaan terima kasih kepada pihak atasan Politeknik MetrO Kuantan kerana telah membuka peluang untuk program seperti ini diadakan. Sekalung penghargaan kepada dua orang tenaga pengajar tadi, hehehe.
See you next time, bye bye ~





No comments:
Post a Comment