KL FOOD HUNTING!
(PART 2)

Hi gaes. Apa khabar semuanya? Kalau sihat alhamdulillah. Yang tak sihat jangan lupa makan ubat dan rest cukup-cukup yaa.

So harini sis nak share aktiviti jalan-jalan cari makan sis di KL. Kalini tak banyak, just common je, sebab datang KL memang just nak cari benda ni pun, Kuantan takde sobs sobs. Okay sis Shapa cari apa tu? Jom scroll bawah!


1. K FRY URBAN KOREAN, IOI CITY MALL

Image result for k fry ioi putrajaya

So masa tu actually sis stay kat rumah cousin sis kat ampang. Dari kat Kuantan sis pasang niat untuk datang KL nak makan K Fry *ehem fefeeling tekak korea sikit hahaha. Tapi sis demand nak pi makan K Fry kat iOi City Mall, Putrajaya. Effort tu, dari Ampang nak ke Putrajaya bukannya dekat. Tapi teruja bila tengok suasana restoran K Fry kat iOi City Mall ni. Memang lain dari yang lain! Sangat cantik. Nah uolls tengok la gambar kat bawah ni, cantik kan? Tambahan pula masa tu staff K Fry serve sis dekat meja luar. Fuhhh lagi lah bertambah seri mood ni haa bila makan sambil tengok suasana garden kat luar. Calming teruks gaes tak tipu. 

Image result for k fry ioi putrajaya

Image result for k fry ioi putrajaya

Image result for k fry ioi putrajaya

Sedikit tips; kepada yang berhajat untuk makan di K Fry, anda disarankan untuk book awal awal tempat anda di K Fry ni, what i mean is pergi ke kaunter dia dan ambil nombor. Kebiasaannya restoran K Fry ni tak boleh masuk terus, mesti kena ambil nombor dan tunggu giliran. Jadi untuk taknak bagi awak semua tunggu lama, sebaiknya bila dah sampai mall tu pergi lah ke K Fry dulu ambil nombor dan berjalanlah sesuka hatimu hehe. Anda boleh juga download apps K Fry Malaysia untuk track order number anda. So bolehla standby dari awal tercegat depan restoran kan hehe. 

Okay sis sangat craving ayam korea cheese K Fry ni. Rasanya sangat sangatlah sedap. Ayam lembut, sos sedap. Apa yang menarik di K Fry ni, anda boleh order ayam pedas mengikut tahap kepedasan yang anda sukai. 

Image result for k fry ioi putrajaya


Gambar kat atas ni adalah menu yang sis order untuk hari tersebut. Pergi dua orang je beb. Tapi mampu habiskan semua. Hebat tak hebat tak? HAHAHA. One more thing, itulah makanan yang sis selalu order bila datang ke K Fry. Boleh cuba gaes. Serious sedap sangat sangat! 

*Okay sedikit pesanan daripada penaja, silalah bawa metal straw milik anda sendiri ya kerana restoran ni tak menyediakan straw. Jadi kesian kalau siapa order air buah atau milk shake, susah nak minum hehe. 



2. MAGNUM CAFE, IOI CITY MALL

Image result for magnum cafe ioi city mall

Okay after dah makan berat, dessert itu pasti, hehe. Ini pun sis dah craving lama. So apa lagi, jom terjah Magnum Cafe!

Apa yang sis suka dengan Magnum Cafe ni sebab kita boleh customise ice cream magnum kita sendiri. Harga taknak kalah. Tapi tak apa sekali sekala apa salahnya. Dah datang jauh jauh kan hehe.

Image result for magnum cafe ioi city mall


So, for next time, sis decide nak datang semula untuk cuba menu lain. Bukan ada magnum sahaja, kek pun ada! Ha stay tuned gais! :)


3. TAUHU ANORA

Image result for tauhu anora melawati

Last but not least, sebelum sampai rumah. Sis order dan take away tauhu bergedil. Sis recommend sangat Tauhu Anora ni. Rasanya sedap, crispy, kaya dengan inti ayam dan kentang, besar pulak tu. Sos kicap cili dia pun sedap! 

So, kedai Tauhu Anora ni terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Uolls boleh je terus serbu ig mereka @tauhuanora. Boleh tempah untuk apa apa event dan harga yang sangat berpatutan. Rugi tak cuba. Cuba tawww!!! 


No comments:

Post a Comment

HOW TO CREATE A VIDEO USING BITEABLE. So right now, i want to show you guys how to edit a video using biteable. Check it out! 1.  Searc...