GHALIT STEAK HUB



WAKTU OPERASI : 11.00 A.M. - 11.00 P.M

LOKASI : KUBANG BUAYA, KUANTAN


Hi guys! Apa khabar semuanya?
So harini sis Shapa nak cerita sikit salah satu tempat makan paling favurite sis yang ada dekat Kuantan ni. Haaa kedai apa tu? Tengok title hehe.

GHALIT STEAK HUB!



Haa apa yang seronok sangat dekat sini? Okay restoran ni sebenarnya menyediakan pelbagai menu western dan dessert dengan harga yang berpatutan. Apa yang lebih menarik, restoran ni dibuka seawal jam 11 pagi tau! Ha mana nak dapat lagi kedai western yang buka awal awal pagi ni hehe. Maksudnya kat sini takdelah sis Shapa suruh awak semua datang sini makan western awal pagi, just it's an advantage for those people yang rasa craving sangat nak pekena western waktu tengah hari macam tu ke, contoh je hehe. So takdelah menunggu sampai petang kan? Pi je Ghalit Steak Hub!

Sis Shapa fav semua makanan yang ada kat sini. Even tak pernah rasa semua sebab setiap kali datang asyik order benda yang sama je hehe. Signature restoran ni adalah keistimewaan sajian pelbagai western dalam talam. Apa? Makan dalam talam. Iyeeee!! Ni contoh gambar yang sis pernah makan.


Menarik kan? Satu talam ni boleh dikongsi 3-4 orang. Tapi dalam menu ada juga yang sediakan set family. Macam macam ada hehe.

Selain tu pulak, menu favourite sis Shapa kat sini adalah Carbonara Lamb dan Aglio E Olio Lamb. Sumpah lillahi taala sedap sangat weh! Harga sangat bersesuaian dengan portion. Portion dia banyak gila! Mana lagi mau dapat? Dah la sedap. Serious sangat berpuas hati. Sebab tu setiap kali datang asyik order benda sama hahaha. Meh sis kongsi sikit gambar makanan favourite sis ni..



Ini kalau makan memang sangat kenyang, puas hati, kuah banyak, lamb tak kedekut, pasta pun banyak. Haa mana lagi mau dapat kan? Gambar yang kat atas ni sis ambil sendiri waktu datang makan kat sini. Dah banyak kali makan kat sini sampai kekadang tu lupa nak ambil gambar hehe.

Suasana kat Ghalit Steak Hub ni menarik tau! Suasananya tenang, luas, dan tak terlalu ramai orang. Kadang-kadang sis pelik juga kenapa kedai ni tak ramai orang sedangkan makanannya semua superb! Tapi takpelah sis suka hehe. Restoran ni pun hanya memasang muzik lullaby, soft dan alunan ayat suci Al-quran. Tenang je rasa makan yeee. 


Ni contoh gambar steak di restoran ni. Lembut, sos sedap sangat! Kenyal dan cair di mulut menusuk ke hati gettewwwww. 

Kepada yang tertanya tanya harga makanan kat sini, nah sis sertakan gambar menu. Tengok-tengoklah ye hehehe. 



 Restoran ni menerima juga tempahan makanan. Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke instagram @ghalitsteakhub dan terus slide dm. Jangan takut untuk bertanya, manager sangat peramah!

Okay, setakat ni jelah celoteh sis ye. Jangan lupa try makan dekat Ghalit Steak Hub! Nescaya tak menyesal, i swearrrr hehehe. Marilah kita support perniagaan anak melayu dan kenali dengan lebih rapat tarikan makanan yang ada dekat Kuantan ni.


No comments:

Post a Comment

HOW TO CREATE A VIDEO USING BITEABLE. So right now, i want to show you guys how to edit a video using biteable. Check it out! 1.  Searc...