KL FOOD HUNTING !

Hi gaes! Kembali ke rancangan makan-makan bersama sis Shapa. Okay harini sis nak kongsi tempat makan yang menarik sis pernah pergi waktu jalan-jalan kat kl satu hari tu. So aktiviti sis time tu ditemani oleh Una iaitu classmate sis sendiri. Hehe. Okay jom tengok apa yang sis nak recommend dekat readers di luar sana!


1. MONA, Publika

Ini ialah Restoran Mona Publika. Terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kami pilih tempat ni untuk lunch sebab katanya nasi butterchicken kat sini memang ohsem! Yelah benda viral camni kita patut cuba hehe.

So sis datang sini dengan Una memang just for the sake of butter chicken rice. Tak tahu pula restoran ni banyak sediakan menu western yang lain! Tapi harga boleh tahan hehe. Ini adalah contoh gambar yang sis ambil di sini.



Apa yang menariknya, ada set lunch butterchicken disediakan sepanjang hari Isnin - Jumaat. So dalam gambar tu kami ambil set lunch, dalam harga RM13.90 camtu. Dia sediakan air teh o ais, nasi butterchicken dan vanilla ice-cream sebagai dessert (maaf takde dessert dalam gambar sebab dessert tu kami request untuk hantar last sekali hehe nanti cayaqqqq).

Suasana restoran ni memang best. Santai, bertemakan luxury gettew. Nampak mewah ya. At first takut juga nak masuk sebab nampak formal dan lagi satu staff di sini tak boleh cakap melayu, jadi apa apa kita speaking lah ya eceh hahaha. 

Image result for mona publika

Image result for mona publika

Image result for mona publika


Dalam gambar nampak jee sikit tapi bila dah makan, serious kenyang sangat! Next time kami bercadang untuk datang try menu lain pula. Stay tuned ya! Apa apa pun, makan man! MONA lah!


2. URBAN ARTISAN CAFE, KUALA LUMPUR

Image result for urban artisan kl

Image result for urban artisan kl

Okay next, kami pi cari dessert pula. Panas panas rasa nak makan ais krim lah! Okay jom ke Urban Artisan Cafe, KL! 

Kafe ni terletak di Jalan Petaling Street, dekat je dengan Central Market, KL. Kepada yang tak biasa jalan untuk pergi sini, sila lah waze dan bertabah dengan selok belok di sini ya hahaha. Jalan di sini sangat sibuk dengan kenderaan berat keluar masuk, parking pun terhad. Tapi takpe, demi aiskrim ni kami sanggup redahi!

Obviously cafe ni hanya menyediakan dessert seperti aiskrim sahaja. Tapi terdapat banyak jenis aiskrim and i could say rasanya sangat sangat sangatlah sedap ya! Sekali masuk mulut, huffff melting sisturrrr. Texturenya sangatlah berbeza dengan ais krim biasa. Camana dengan harga? Okay harga boleh tahan la. Sekali sekala makan takpe. Nah menu sis kongsi. 

Image result for urban artisan kl

So sis dan Una decide untuk makan satu kon sorang. Ini yang kami order. Tak menyesal datang cuba aiskrim kat sini! Insya Allah nanti kami datang semula untuk rasa menu lain. Stay tuned gais!



3. THE FARM FOODCRAFT, BANGAR

Image result for the farm foodcraft

Okay, twitter brought us here. Restoran ni pernah viral dan recommended di twitter. Jadi apa salahnya datang mencuba hehe. The Farm Foodcraft, terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Maaf tak boleh explain dengan detail camana cara untuk sampai ke restoran ni sebab honestly agak susah dan kami sendiri pun pusing-pusing even dah ikut telunjuk waze hahaha. How struggle we are at that time sampai masuk lobby hotel mana tah 3-4 kali, tanya security about this restaurant and still juga sesat. Idk apa yang susah sangat hahaha. But what can i explain, restoran ni berada di belah dalam. Means anda perlu masuk ke sesuatu tempat (situ ada banyak restoran) dan berjalan ke hadapan teruskan mencari sampai jumpa. Goodluck hehe.

It was quite hard but it's precious in the end. We finally found the restaurant and sangat teruja okay! We were hardly impressed on how's the restaurant look alike. Sangat cantik dan sesuai untuk apa apa event dekat sini. 





Restoran ni sangat cantik, unik dan instagrammable kepada mereka yang suka bergambar. I can't describe how beautiful and luxury this restaurant is. You guys should go and see with your own eyes! I swear you guy's won't regret. Hehe.

Disebabkan ini adalah kali pertama menjejakkan kaki ke sini, it's quite hard for us to order the foods. Sebab menu dia kami tak berapa faham sangat. Harga toksah cite la, memang mahai sikit hahaha. But overall sangat berpuas hati, service laju, staff friendly and humble, bersih dan yang penting sedap!'Ini adalah gambar makanan sis.







I'm sorry i can't remember what the name of our food. Sebab namanya susah sangat. Tapi yang semua sis order tu, sis rate 9/10. Mujur tak salah order. Alhamdulillah semua sedap hehe.

*Sedikit tips: Kepada yang nak berjimat untuk datang makan kat sini, air tu sebaiknya tak payah order pun tak apa sebab restoran ini menyediakan segelas plain water di setiap meja and everytime kita minum, staff dia akan datang refill air. Hehe tu je.



Perut kenyang hati pun senang! This is one of our memorable memory in 2019. Stay tuned untuk episod jalan-jalan cari makan yang seterusnya gaes. Bye byeee :)




No comments:

Post a Comment

HOW TO CREATE A VIDEO USING BITEABLE. So right now, i want to show you guys how to edit a video using biteable. Check it out! 1.  Searc...