TEKNIK MERAKAM VIDEO YANG BETUL.




1. Menggunakan 'Landscape' mode.


- Lintangkan telefon pintar anda dan rakam lah dengan landscape mode. Ini adalah teknik yang benar yee. Cuba elakkan merakam dalam keadaan telefon tegak. Landscape mode boleh membantu anda merakam video dengan view yang lebih luas. 


2. Rule Of Third.



- Teknik rule of third perlu diguna bagi memfokuskan objek yang anda rakam. Kebiasaannya, rule of third ini telah sedia ada gridnya di dalam sesetengah telefon pintar.

3. Tilt Up & Tilt Down

- Apabila anda mahu merakam video secara ke atas dan ke bawah, maka teknik yang betul adalah;

a) Pastikan kedua-dua tangan anda memegang telefon ( atau apa sahaja objek merakam )

b) Pastikan tangan anda sentiasa berada dalam keadaan lurus ketika menggerakkan telefon.

c) Hanya telefon sahaja yang bergerak ke atas dan ke bawah. Oleh itu hasil rakaman anda akan menjadi lebih cantik. 


4. Elakkan 'Zoom In/Zoom Out'

- Ketika anda hendak merakam objek yang berada jauh dari anda, sebaiknya anda perlu pergi mendekati objek tersebut. 

- Elakkan diri anda daripada 'zoom in' objek yang anda ingin rakam kerana ianya akan menjejaskan kualiti video anda. Kemungkinan besar ia akan menjadi kabur dan video anda kelihatan buruk.


5. Teknik 'Slide'.


- Teknik ini lebih kurang sama dengan teknik tilt up dan tilt down. Cuma teknik slide ini adalah gerakan dari kiri ke kanan, kanan ke kiri.

- Pastikan tangan anda tidak bergegar ketika merakam ya!





















No comments:

Post a Comment

HOW TO CREATE A VIDEO USING BITEABLE. So right now, i want to show you guys how to edit a video using biteable. Check it out! 1.  Searc...