JOM KE NOHA CAKES!
WAKTU OPERASI : 4:00 P.M - 11:00 P.M.
LOKASI : JALAN TELUK SISEK, KUANTAN
Assalamualaikum semua! Okay sis nak share lagi satu tempat makan favourite sis. Kedai apa tu? Ha pernah dengar tak Noha Cakes? Kalau tak pernah, meh sini luang masa baca blog sis sekejap.
Baiklah sis story sikit ye pasal kedai ni. Noha Cakes ni sebuah restoran yang menyediakan makanan western, masakan panas dan pelbagai jenis kek yang sedap! Sesuai untuk santapan minum petang dan makan malam seisi keluarga.
Sebenarnya, restoran ni dimiliki oleh saudara sis sendiri. Pada awalnya beliau just buat kelas pjj dan baking di rumah. Beliau akan jual cakes bila ada tempahan sahaja. Tapi makin lama makin menguntungkan pulak business jualan kek dia. Jadi, tertubuhlah sebuah cafe di Jalan Teluk Sisek yang bernama Noha Cakes. Sejujurnya, restoran ini masih baru ditubuhkan, kalau tak silap sis pada tahun 2018. Restoran ni mula menjual cake sahaja. Kemudian baru didatangkan dengan pelbagai menu yang lain dari semasa ke semasa contohnya aneka western food, nasi putih dan tomyam thailand, roti kukus, dan pelbagai jenis kopi yang sangat menyelerakan. Ala ala starbucks gittuwww. Memang sesuailah untuk santai minum petang kan.
Antara kek yang dijual kat sini ialah red velvet cheesecake, chocolate indulgence, burnt cheesecake, carrot cheesecake, brownies, pandan cheesecake, mango cheesecake dan lain lain lagi. Banyak sangat dan yang penting semua sedap! Paling menjadi nombor satu di hati sis ialah red velvet cheesecake. Sedap baqhangg memang susah nak cari yang sama dekat luar. Air tangan beza beza yedakkk?
Suasana di restoran ni juga tak kurang hebatnya. Nampak simple yet elegant dan quite luxury.
Disebabkan restoran ni terletak di pedalaman sikit, jadi terhindarlah dari gangguan bunyi kenderaan yang lalu lalang kat jalan besar tuu. Tenang dan nyaman je sambil sambil makan kek dan pekena kopi. Fuh puas!
Tambahan pula, restoran ni sesuai untuk apa jenis event. Kebiasaannya orang sambut birthday kat sini. Sis pernah celebrate birthday kat sini dengan family sis. Staff di sini sangat friendly dan sporting! Audio Happy Birthday dilaungkan, staff beramai ramai jalan ke arah kita sambil bawa belon, kek dan hadiah. Memorable sangat. Terima kasih kepada family sis hehe.

Alright gambar kat bawah ni pulak gambar makanan yang sis makan dengan kawan kawan.
Sis memang recommend sangat Noha Cakes kepada semua. Yang duduk kat Kuantan tu singgahlah makan di sini. Mungkin ada sesetengah penduduk Kuantan yang tak tahu kewujudan Noha Cakes ni. Anda boleh terus ke instagram @nohacakes untuk maklumat lanjut. Makanan di sini semua sedap. Berbaloi dengan harga. Haih rasa nak pergi sekarang jugak. Gerak lu pape roger! Eh yang penting, JOM KE NOHA CAKES!

































