Hai gaes! Assalamualaikum, ta jia hao, yeppedi irukinge vanekam 😘 Apa khabar semua yang membaca tu? Sihat? Kalau ye, alhamdulillah. Segala pujian ke atas nikmat-Nya. Okaylah sebelum kita pergi dengan lebih jauh di laman blog ni, saya ingin perkenalkan diri saya dulu yee. Saya akan ceritakan serba sedikit tentang diri saya yang anda semua tak tahu. Semoga dengan pencerahan tentang diri saya ni, dapatlah para pembaca semua membayangkan diri saya ni, yedakkkk 😜 hehehehe.
Alright yang pertama sekali, nama diberi ialah Nurul Shafareena binti Che Hasnan, sama seperti yang tertera di kad pengenalan. Saya ada banyakkk sangat nama gelaran. Mostly, family saya panggil "Amoi" sebab muka saya waktu baby macam cina 😂. Lama kelamaan nama "Amoi" tu juga lekat dipanggil oleh kawan-kawan yang rapat, dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah sammpai lah dah masuk IPT. Mesra juga disapa dengan panggilan Shafa, Shapa, Pahh, Nurul.. hmm macam macam lah. Selagi nama tu tak beri maksud yang buruk, saya ok jee dengan panggilan apa apa hehe. OK ni yang nak bagitahu, kenapa nama Shapanda? Haaa sebab saya sangat sangat sangat sukakan Panda 😂 jadi digabungkan nama saya dan panda, jadilah SHAPANDA. Fuhh, baru cerita nama panjang kemain 😂😂😂😂
Seterusnya, ha umur saya akan naik satu anak tangga bila menjelangnya tahun 2020, so technically umur saya 20 tahun pada 2020. Lahir pada 14/12/2000 di Klinik S.T. CHONG, Kuantan Pahang. Saya berbangga sebagai anak 06 😏 Ketinggian 153 cm dan masih berharap ketinggian meningkat setiap bulan setiap tahun! Sedih tauu bila jadi orang rendah niii 😢😢😢 ok berat pula dirahsiakan hehe. Kadang naik kadang turun. Secara fizikalnya saya ni 'petite' orangnya. Terdiri daripada 4 orang adik beradik dan saya yang ketiga. Ada seorang kakak, seorang abang dan seorang adik. Cukup lengkap menyerikan hidupku kerana dapat merasa bagaimana rasanya dibelai dengan kasih sayang kakak, abang, dan adik. Yelah cara layanan berbezakan mengikut jantina 😙 Abang dan kakak sudah bekerja manakala saya dan adik masih belajar. Dibesarkan oleh seorang ibu dan ayah (gelaran Papa). *saya mengambil kesempatan ini untuk meminta jasa baik para pembaca untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Papa yang sudah meninggal dunia pada 4 bulan yang lepas 😊
Next, hmm... hobi saya menulis blog, beristirehat, jalan jalan cari makan! So setiap kedai yang saya makan, saya suka share kepada followers saya 💓 Cita-cita pulak nak jadi kaya. Tapi nak kaya kena kerja dulu. so mengikut dalam course yang dah amik kat ipt ni, mestilah kerja dalam bidang tourism dan hospitality. Depends on rezeki masing-masing, asalkan halalan toyyiban dan mampu menyara hidup sendiri dan keluarga 💓
Ok gasss, cekidautttttt ✌

No comments:
Post a Comment